Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh dari Sri Lanka, kata Zafrul

July 19, 2022 · Isu semasa

Malaysia dijamin tidak akan berdepan situasi sama dialami Sri Lanka yang sedang berdepan masalah kewangan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan itu berkata kedudukan ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh jika dibandingkan dengan Sri Lanka, malahan penarafan positif diberikan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan prospek pertumbuhan yang baik.

“IMF tak pernah kata Malaysia alami masalah ekonomi yang akan mengakibatkan negara muflis, sebaliknya mereka yakin dgn prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Kalau kita banding petunjuk ekonomi Malaysia dan Sri Lanka jelas bahawa ekonomi kita jauh lebih kukuh berbanding Sri Lanka, jadi kemungkinan untuk Malaysia bankrap seperti Sri Lanka amat tipis,” kata Zafrul semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya lagi, IMF juga yakin Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mampu berkembang pada pertumbuhan 5.75 peratus tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengapa kerajaan tidak mendapatkan lebih banyak pinjaman untuk membantu rakyat yang terjejas, Zafrul berkata terdapat kekangan kewangan yang perlu dipertimbangkan kerajaan sebelum membuat keputusan mengambil lebih banyak pembiayaan.

Jelasnya lagi, bagu mengurangkan kesan ke atas kos sara hidup kerajaan telah meningkatkan jumlah yang dibelanjakan untuk subsidi bagi produk seperti ayam, telur, minyak masak dan petrol RON95.

Zafrul berkata unjuran terbaru ialah perbelanjaan untuk subsidi akan mencecah RM80 bilion, berbanding RM31 bilion yang dianggarkan pada awalnya semasa Bajet 2022.

Bagi mengimbangi kenaikan kos, kerajaan telah memulakan usaha penjimatan dalaman, menyasarkan untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada baki kos operasi kementerian dan agensi persekutuan.

Seperti kebanyakan negara lain, Malaysia sedang berdepan dengan peningkatan inflasi.

Media sebelum melaporkan kenaikan harga mendadak sehingga menjejaskan kos sara hidup rakyat.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok