Isu lantikan TPM, Muhyiddin serah pertimbangan PM untuk putuskan

July 16, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi ruang untuk membuat keputusan berhubung isu lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak mendesak Ismail Sabri berhubung isu jawatan TPM walaupun sudah didedahkan terdapat perjanjian sebelum ini, sebaliknya menyerahkan kepada Ismail Sabri untuk membuat pertimbangan dengan bijaksana.

“Yang itu saya nak jawab ringkas. Saya tak nak panjang-panjang. Pasal itu saya kata serah pada Perdana Menteri dan ikut pertimbangan yang bijaksana,” katanya dipetik laporan BH.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) terdahulu menghadiri program Blood Donation Drive di Centre Court, Mid Valley hari ini.

Turut hadir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG), Datuk Zainuddin Mohd Radzi dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Afifah Hassan.

Terdahulu Muhyiddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri untuk mengutarakan beberapa perkara penting dan supaya perjanjian PN sebelum ini, termasuk berkaitan pelantikan TPM dapat dipertimbangkan.

Sebelum ini, tular dalam media sosial ketika ini dokumen berhubung perjanjian yang dimerterai antara Ismail Sabri dengan Bersatu dan PAS.

Dokumen yang tular dalam platform media sosial Facebook mengesahkan terdapat terma berhubung jawatan TPM, disamping perlu mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) selewat-lewatnya pada Julai tahun ini.

“Pihak-pihak bersetuju jawatan Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada Ahli Parlimen yang ditetapkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), manakala jumlah anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang diperuntukkan kepada parti-parti dikekalkan.

“Hanya perubahan portfolio akan ditentukan melalui perbincangan bersama,” menurut dokumen yang tular tersebut.

Ia sekaligus membuktikan kenyataan mantan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini berhubung kewujudan perjanjian tersebut adalah sahih, ia walaupun terdapat pihak-pihak yang cuba mempertikaikannya.

Perjanjian tersebut juga ditandatangani dua saksi iaitu Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Selain perjanjian untuk melantik TPM, turut dipersetujui adalah berhubung isu pembubaran Parlimen.

“Perdana Menteri yang baharu dilantik juga hendaklah memberikan akujanji akan mengadakan rundingan dan mencapai suatu persefahaman dengan pihak-pihak sebelum menentukan tarikh pembubaran Parlimen ke-14 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan Julai 2022 atau mana-mana tarikh yang dipersetujui bersama,” menurut dokumen itu lagi.

Sementara itu, mengulas tindakan kerajaan mengambil langkah berjimat membabitkan semua kementerian dan agensi, beliau melihat tindakan itu sebagai wajar, namun meminta ia mesti mengambil kira bebanan semasa rakyat.

“Itu wajar, tetapi apa pun langkah kerajaan nak ambil, mesti ambil kira supaya ia tak (menyebabkan) beban meningkat dan bertambah kepada rakyat, potong subsidi, potong itu ini.

“Cara nak dilaksanakan… adakah buat mengejut atau berfasa-fasa,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok