Wang 1MDB: MB Perak, pemimpin UMNO gagal cabar notis SPRM

July 7, 2022 · Isu semasa

Tiga puluh satu individu, termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, gagal dalam usaha mereka untuk mencabar notis kompaun yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu, berhubung dakwaan menerima wang yang berasal daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan individu terbabit untuk kebenaran meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu, lapor Bernama.

Pada 27 Februari 2020 lalu Mahkamah Tinggi, tidak membenarkan permohonan individu terbabit untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar notis kompaun itu, manakala Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan dengan menolak rayuan mereka pada 15 Oktober tahun lepas.

Semua 31 individu terbabit mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah diberikan notis kompaun oleh SPRM. Mereka termasuk Saarani yang mewakili UMNO Perak, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Shahrir Samad dan bekas Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang sendirian berpendapat bahawa tiada isu baharu yang dibangkitkan untuk diputuskan oleh mahkamah itu.

Justeru, Hakim Hasnah berkata permohonan kebenaran merayu tidak memenuhi syarat ambang di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau tidak memberikan sebarang kos kerana Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @Arwi yang mewakili SPRM dan ketua pesuruhjayanya tidak meminta kos.

Dalam permohonan mereka, individu terbabit mahu perintah untuk mengisytiharkan bahawa kompaun yang dikeluarkan oleh SPRM pada 7 Oktober 2019, adalah terbatal dan tidak sah.

Mereka juga memohon perintah untuk membatalkan notis kompaun dan mahu perintah injunksi untuk menghentikan SPRM daripada menguatkuasakan kompaun atau meneruskan pendakwaan.

Terdahulu, peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili individu terbabit memohon mahkamah memberikan kebenaran merayu bagi memutuskan lapan persoalan undang-undang, dengan berkata pengeluaran notis kompaun itu adalah keputusan pentadbiran SPRM yang boleh tertakluk kepada semakan kehakiman.

Bagaimanapun, Ahmad Hanir berhujah bahawa keputusan yang cuba dicabar individu itu adalah akademik kerana tawaran untuk menerima kompaun itu telah luput, sambil menambah mereka diberi tempoh 14 hari daripada tarikh pengeluaran notis pada 7 Oktober 2019, untuk menerima atau menolaknya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok