Media baharu ibarat iblis sebar maklumat tak tepat

April 29, 2021 · Isu semasa

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pengendali media baharu yang menyebarkan maklumat tidak bertanggungjawab dan merosakkan masyarakat sebagai iblis.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pada zaman media baharu ini, manusia sanggup bertukar menjadi rakus demi ‘matlamat menghalalkan cara’ meskipun laporan mereka penuh dengan fitnah.

Memetik ayat 120 hingga 122 surah Taha, beliau berkata, manusia diberikan petunjuk dalam kehidupan bermasyarakat yang penuh dengan maklumat dan berita yang boleh mempengaruhi kehidupan serta peranan mereka kepada baik dan buruk.

“Selain itu, dalam aspek menerima atau menyebarkan apa-apa maklumat hendaklah berhati-hati, kerana ada berita daripada orang fasiq atau orang jahil yang boleh menyesatkan dan merosakkan manusia.

“Pada zaman media baru terkini, manusia yang rakus menjadi makhluk perosak dan sanggup berbelanja besar dengan mengambil tugas Iblis tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, pada masa sama wujud golongan yang bermatlamat mencari kesenangan dengan mendapat upah yang lumayan semata-mata untuk mengisi perut dan mendapatkan segala kemewahan daripada rezeki yang haram untuk diri dan keluarganya.

“Mereka mengambil peluang daripada dunia yang langitnya terbuka tanpa sempadan, bagi melancarkan peperangan baharu ‘Cyber War’ terhadap negara dan umat yang besar.

“Dengan menggunakan jumlah anggota tentera upahan yang diletakkan di seluruh dunia dengan bayaran yang lumayan, sama ada dalam negara dan juga luar negara dengan bebas,” katanya.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Isu kebebasan media dan bersuara jadi tumpuan
November 9, 2023· Isu semasa
Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah
October 20, 2023· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Aduan majikan tidak benar bekerja dari rumah banyak
June 27, 2021
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
15 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
15 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok