Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM

July 1, 2022 · Isu semasa

Tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang mempunyai lesen untuk mengimport atau menjual air zam zam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan tertakluk di bawah Peraturan 360A Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Peraturan 360A menyatakan import air mineral semula jadi memerlukan lesen sumber air daripada kementerian selepas mendapat dokumen pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi negara pengeksport.

“Dalam hal ini, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini ekoran laporan media berhubung penjualan air zam zam secara dalam talian baru-baru ini.

Dr Noor Hisham berkata tindakan penolakan konsainan akan dilaksanakan sekiranya terdapat pengimportan air zam zam yang tidak berlesen.

“Justeru itu, air zam zam yang diiklan atau dijual di pasaran diragui ketulenannya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, hasil daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan sejak 2012 sehingga kini, nilai rampasan ke atas air zam zam di pasaran adalah berjumlah RM83,618.20.

Beliau berkata sejumlah 237 iklan makanan telah dipadamkan daripada pelbagai platform e-dagang atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 hasil saringan BKKM terhadap platform dalam talian, dengan 32 daripada iklan makanan yang dipadam itu adalah iklan air zam zam.

Dr Noor Hisham berkata melalui pemantauan di media sosial pula pada 2021 dan 2022, sebanyak 23 dan 40 iklan air zam zam masing-masing telah dipadam daripada media sosial.

Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

“KKM menasihati orang ramai agar tidak membeli air zam zam dari mana-mana kedai atau platform dalam talian terutama pada musim haji ini kerana dikhuatiri ia air zam zam tiruan,” katanya.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan air zam zam di kedai atau platform dalam talian ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM di http://moh.spab.gov.my; atau Facebook BKKM di http://www.facebook.com/bkkmhq. – Bernama

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok