Kurangkan subsidi, tapi kerajaan bagi rakyat RM100 dan RM50 saja: Guan Eng

July 1, 2022 · Isu semasa

Walaupun banyak subsidi dikurangkan kerajaan, tetapi yang dipulangkan kepada rakyat hanya sedikit dan tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kerajaan sekarang gagal menguruskan kos sara hidup rakyat dan keadaan ekonomi juga semakin tak terkawal, namun beliau mungkin terlupa blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sendiri menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kalau kami dianggap gagal selama 22 bulan mentadbir, sekarang bagaimana? Berjayakah kerajaan apabila keadaan sekarang menyaksikan kos sara hidup dan inflasi meningkat, tenaga kerja berkurang, nilai mata wang ringgit menyusut?” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Guan Eng juga mempertikai langkah kerajaan mengurangkan beberapa subsidi tetapi jumlah yang dipulangkan kepada rakyat pula terlalu kecil nilainya.

“Lihat sahaja bagaimana kerajaan mengurangkan subsidi ayam, telur dan minyak berbotol. Apabila kerajaan pulangkan kepada rakyat, hanya tunai sejumlah RM100 dan RM50 yang pasti tidak cukup.

“Kalau masa itu ada defisit kepercayaan pada PH, saya rasa jurangnya lebih besar apabila pengurusan mereka lebih teruk dan orang ramai tidak lagi percaya jika kerajaan boleh menyelesaikan masalah rakyat,” katanya lagi.

Guan Eng berkata sekiranya PH diberikan mandat untuk terus menjadi kerajaan sebelum dijatuhkan sebelum ini, sudah pasti mereka dapat memenuhi setiap janji dalam manifesto.

“Memang ada beberapa perkara yang belum diselesaikan kerana kami tidak mempunyai masa cukup. Tetapi, apa yang kita capai dan tidak capai, tidaklah teruk berbanding kerajaan lakukan sekarang.

“Semasa PH mentadbir, mana ada harga barang naik dan nilai ringgit menyusut. Ia hanya berlaku sekarang. Jadi, kita harus tunggu dan lihat sahajalah. Apa-apa kajian tidak semestinya tepat,” katanya lagi.

Rabu lepas, Mesyuarat Jemaah Menteri dilaporkan bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Pentabdiran Ismail Sabri kini berdepan kritikan susulan peningkatan harga barang, ringgit menyusut dan keadaan ekonomi negara yang semakin merosot.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok