Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan

June 30, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan perintah kepada bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Adam setelah dia didakwa menghina seorang anggota polis di mahkamah dan mempersoalkan undang-undang.

Insiden itu didakwa berlaku selepas anggota polis berkenaan menegurnya kerana menggunakan telefon bimbitnya semasa prosiding yang sedang dijalankan membabitkan perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Lokman menghadiri prosiding menghina mahkamah Isnin ini selepas ahli UMNO itu berkata dia ingin mendapatkan peguam untuk mewakilinya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mengadu kepada hakim bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa Lokman bertindak balas selepas anggota polis mahkamah menegurnya kerana menggunakan telefonnya ketika perbicaraan sedang berjalan.

“Dia menggelar anggota polis itu bodoh dan mempersoalkan undang-undang… perilaku biadab seperti ini tidak boleh dibiarkan.

“Dia patut dikatakan sebagai penghinaan,” katanya menurut NST.

Sequerah kemudian bertanya sama ada Lokman berada di mahkamah sebelum ahli UMNO itu berdiri dan cuba menjelaskan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, hakim menjelaskan kepadanya bahawa dia mengeluarkan notis tunjuk sebab dan prosiding menghina akan dimulakan.

“Adakah anda ingin mendapatkan peguam?,” tanya hakim sebelum Lokman mengiakannya.

Sequerah kemudian menetapkan 9.30 pagi Isnin depan untuk prosiding penghinaan dimulakan.

“Dia dituduh menghina penjawat awam dan menggelar keseluruhan sistem (undang-undang) tidak adil dan saya mahu prosiding penghinaan dimulakan segera,” katanya.

Lokman didakwa terlibat dalam konfrontasi semasa perbicaraan Zahid di mana presiden UMNO itu menghadapi 47 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
15 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok