Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat

June 29, 2022 · Isu semasa

Cadangan agar gaji Menteri dan Timbalan Menteri dipotong disambut baik Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi membantu rakyat yang tertekan susulan peningkatan kos sara hidup dan harga barang naik.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara berkata tidak menjadi masalah baginya sekiranya kerajaan memutuskan untuk memotong gajinya, malah bersetuju juga pemotongan gaji itu diperluaskan melibatkan pengerusi dan lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun.

“Saya setuju jika Kabinet memutuskan untuk memotong gaji saya serta menteri menteri dan timbalan menteri yang lain.

“Bukan kami saja, malah penotongan gaji juga perlu membabitkan pengerusi GLC dan badan berkanun untuk berkongsi keperitan rakyat. Demi rakyat kita sanggup.

“Kadar potongan gaji juga terpulang, sama ada 10 atau 20 peratus,” katanya hari ini.

Wan Fayhsal terdahulu mempengerusikan mesyuarat Armada Bersatu di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, 20 kumpulan mahasiswa yang mendesak pelaksanaan pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri bagi menangani situasi kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak ketika ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada, turut berpandangan kerajaan wajar mengkaji keperluan memotong peruntukan bukan keutamaan kepada Menteri dan Timbalan Menteri, seperti elaun luar negara.

“Saya setuju pemotongan mana-mana perkara yang tidak beri kepentingan secara umum, yang jika tiada pun tidak beri kesan pada perjalanan tadbir urus negara.

“Kerajaan wajar pertimbangkan supaya peruntukan ini boleh disalurkan kepada perkara yang lebih mustahak, khususnya mengurangkan kesengsaraan rakyat berdepan cabaran inflasi yang cukup getir,” katanya lagi.

Sebelum ini, cadangan pemotongan gaji disuarakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, ia bertujuan menunjukkan empati kepada rakyat Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok