Mat Maslan yakin UMNO tidak berpecah selepas pendedahan Tajuddin

June 29, 2022 · Politik

Tindakan bekas ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyerang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan memberi sebarang kesan kepada UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan tindakan Ahli Parlimen Salak membuat pendedahan berhubung isu dalaman parti tidak akan menyebabkan parti berdepan krisis, malah yakin UMNO tidak akan berpecah seperti mana didakwa pihak tertentu.

Jelasnya lagi, malahan Zahid sudah membuat ketetapan UMNO kekal dengan keputusan meletak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai “poster boy” BN pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

“Presiden UMNO ulangi dalam Mesyuarat MT pada 24 Jun bahawa calon Perdana Menteri atau poster boy untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah DSIS (Ismail Sabri).

“Tiada krisis seperti yang dihebohkan. Perdana Menteri jaga kerajaan dan DS Ahmad Zahid jaga parti. UMNO tidak akan berpecah sebab isu DS Tajuddin. Biarlah beliau tumpu sebagai Duta Besar,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Tajuddin mendedahkan beberapa perkara dalaman parti, antaranya pengakuan dirinya sendiri menandatangani Akuan Bersumpah (SD) kerjasama dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, dikatakan terdapat pertemuan antara pimpinan UMNO di kediamannya pada Mei 2020 untuk meminta supaya Zahid turut daripada jawatan Presiden.

Dalam sidang media sama tersebut, Tajuddin mendakwa Zahid tidak layak untuk kekal sebagai Presiden dan perlu meletak jawatan kerana menjadi liabiliti kepada UMNO ekoran kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok