Neelofa sanggup bayar RM50,000 bantu peniaga burger

April 27, 2021 · Isu semasa

Selepas dikompaun RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menawarkan bantuan kepada peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir.

Neelofa dilaporkan bersedia membayar RM50,000 kompaun yang dikenakan terhadap Wan Mohd Faisal kerana kesalahan berniaga lebih masa di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, malam kelmarin.

Memetik laporan BHOnline, isteri peniaga itu, Norlaili Shafien, 37, memberitahu peguam Neelofa menghubunginya jam 5.30 petang tadi yang memaklumkan selebriti itu mahu membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepada mereka.

“Peguam berkenaan meminta saya menghubunginya kembali jika saya bersetuju untuk menerima tawaran itu.

“Kami berterima kasih kepada Neelofa kerana sudi membantu kami, namun buat masa ini saya dan suami mahu menunggu keputusan rayuan kompaun,” katanya dipetik daripada BHOnline.

Selain Neelofa, Norlaili juga berkata, PU Azman juga turut menghubunginya pada jam 5 petang tadi.

“PU Azman juga mahu menghulurkan bantuan untuk membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepada kami. Pada masa yang sama kami juga menerima panggilan daripada penyanyi rap, Caprice pada jam 10.30 malam tadi.

“Kami menghargai tawaran daripada selebriti yang mahu membantu menyelesaikan kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada suami.

“Namun, buat masa sekarang saya dan suami berbincang untuk menunggu jumlah kompaun sebenar yang dikenakan kepada kami. Jika jumlah yang perlu dibayar terlalu banyak dan kami tidak mampu membayarnya, maka kami akan menerima tawaran itu,” katanya.

Berita berkaitan
Kes curi REE : Kompaun RM500,000 bukan terhadap Sanusi : PTG Kedah
July 17, 2023· Isu semasa
Kompaun tak pakai pelitup muka mungkin diperkenal semula: KKM
July 8, 2022· Isu semasa
57 notis kompaun dikenakan terhadap peniaga bazar di Kelantan
April 17, 2022· Isu semasa
67 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM1,000 langgar SOP
April 8, 2022· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok