Kompaun tak pakai pelitup muka mungkin diperkenal semula: KKM

July 8, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mungkin memperkenalkan semula kompaun kerana gagal memakai pelitup muka di ruang tertutup jika kes Covid-19 terus meningkat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata demikian setelah kementeriannya mendapati orang ramai mula gagal mematuhi pemakaian pelitup muka di ruang tertutup, yang masih diwajibkan.

“Sejak 17 April tahun ini, kita tidak lagi mengeluarkan kompaun kerana kementerian pada masa itu memutuskan ia selaras dengan peralihan ke fasa endemik, mengutamakan pemerkasaan komuniti dan tanggungjawab individu.

“Bagaimanapun, sekiranya kes terus meningkat secara mendadak, KKM tidak menolak kemungkinan penguatkuasaan semula Akta 342, terutama mereka yang enggan memakai pelitup muka di ruang tertutup.

“Saya menggesa solidariti masyarakat dan pemerkasaan individu untuk secara sukarela memakai pelitup muka di tempat tertutup kecuali ketika berucap, makan, atau mengambil gambar.

“Ia masih cara berkesan untuk mengurangkan jangkitan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Khairy mengesahkan sub-varian Omicron BA.5 sudah dikesan di Malaysia, sambil menjangkakan kemungkinan gelombang keempat Covid-19 bakal melanda negara tidak lama lagi.

Semalam (7 Julai 2022), jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara melonjak kepada 4,020 kes tertinggi sejak April, berbanding 3,561 kes yang dilaporkan pada Rabu.

Data laman sesawang Github KKM bagaimanapun menunjukkan, daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 2,966 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Ia diikuti dengan 753 kes melibatkan penerima dua dos; 274 kes (individu yang tidak divaksinasi); dan 27 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Khairy berkata peningkatan kes Covid-19 di dunia termasuk Malaysia sudah dijangka kerana ia didorong oleh beberapa faktor terutamanya varian dominan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok