57 notis kompaun dikenakan terhadap peniaga bazar di Kelantan

April 17, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 57 notis kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan di negeri itu sepanjang minggu pertama Ramadan (3 hingga 9 April) membabitkan nilai kompaun RM6,400.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata antara kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 ialah peniaga tidak mendapat suntikan sebagai pengendali makanan, tidak mengikuti kursus pengendali makanan anjuran JKNK dan tidak mengenakan pakaian sesuai sebagai peniaga, lapor Bernama.

“Sebanyak 818 gerai dan 1,692 pengendali makanan di seluruh Kelantan telah diperiksa.

“Selain itu, 30 sampel makanan diambil bagi analisis mikrobiologi dan 35 sampel bagi analisis kimia telah dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Budaya 3-M (Mengamal, Memilih Dan Melaksana) Bazar Ramadan 2022 Peringkat Negeri dekat Wakaf Bharu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata JKNK telah menubuhkan 54 pasukan pemantau terdiri daripada 194 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan kepada peniaga bazar Ramadan.

“Bagi tahun ini juga, sebanyak 65 bazar Ramadan telah berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri melibatkan 3,780 petak perniagaan.

“Oleh itu, dengan adanya Kempen Budaya 3-M Bazar Ramadan ini, ia dapat memupuk kesedaran kepada semua pengunjung dan peniaga bazar Ramadan mengenai kebersihan,” katanya menambah setakat ini tiada sebarang kes keracunan makanan berlaku di Kelantan.

Berita berkaitan
Analisis Kuantitatif dalam Forex: Kaedah Lanjutan untuk Ramalan Pasaran
February 27, 2024· Rencana
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok