Satu daripada 9 wanita hidap kanser

June 21, 2022 · Isu semasa

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, 52, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.

Adibah, 52 tahun difahamkan sudah lama menderita penyakit kanser namun merahsiakannya daripada pengetahuan ramai pihak.

Tahukah anda  satu daripada sembilan wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser.

Berdasarkan info Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ada beberapa jenis kanser yang sering dihadapi wanita, antaranya kanser payudara, kanser kolorektal (usus), kanser ovari dan kanser serviks (pangkal rahim).

Biarpun kurang dikenali, namun ia seharusnya diberi perhatian kerana kadar kes penyakit kanser itu juga dikatakan semakin meningkat setiap tahun.

Perunding Onkologi Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Hafizah Zaharah berkata, wanita dari semua peringkat usia perlu menjaga kesihatan supaya dapat melakukan apa yang terbaik untuk diri mereka.

Kata Dr Hafizah, pengesanan awal untuk kanser adalah penting manakala tanda-tanda gejala dan simptom perlu diberi perhatian.

“Seseorang itu perlu menjalani pemeriksaan walaupun hanya mengalami satu simptom dari keempat-empat jenis kanser berkenaan.

“Ini kerana setiap pesakit mungkin mengalami simptom berbeza.

“Ada yang mengalami beberapa simptom dan ada juga yang hanya mengalami satu simptom seperti ketulan payudara,” katanya.

Bagi wanita yang tidak pernah menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan, Dr Hafizah menyarankan untuk menjalani pemeriksaan atau ujian saringan yang spesifik mengikut simptom yang dialami mereka.

Ia termasuk ujian mamogram dan ultrasound payudara untuk kanser payudara, kolonoskopi untuk kanser kolorektal (usus), ujian darah dan penanda tumor untuk kanser ovari serta ujian lumuran pap (pap smear test) untuk kanser serviks.

“Anda juga boleh mengambil ujian darah dan penanda tumor sebagai ujian tambahan ketika pemeriksaan untuk kanser payudara dan kanser kolorektal bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat,” katanya.

Dalam pada itu, bagi wanita yang pernah mengalami simptom dan pernah menjalani ujian saringan, mereka perlu menjalani pemeriksaan serta ujian saringan sekali lagi dan mungkin memerlukan pemeriksaan yang lebih terperinci.

Ia perlu terutama jika mereka mengalami simptom semula selepas pemeriksaan yang pertama.

Kata Dr Hafizah, wanita berusia lebih 40 tahun disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali manakala yang lebih muda, dua tahun sekali.

“Penting bagi wanita untuk mengetahui simptom yang dialami.

“Ia bagi mendapatkan ujian pemeriksaan yang tepat dan spesifik untuk mengetahui jika mereka mempunyai kanser berkenaan atau kanser yang lain.

“Wanita perlu menyedari hakikat bahawa mereka perlu terlebih dahulu bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri sebelum dapat menjaga orang lain,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Aduan majikan tidak benar bekerja dari rumah banyak
June 27, 2021
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
15 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
15 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok