Laporan ‘ugutan rogol’: KDN panggil Malaysiakini, China Press

April 27, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Malaysiakini dan China Press berhubung laporan yang dikeluarkan dan dikaitkan dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut kenyataan KDN malam tadi, kedua-dua portal berkenaan menerbitkan laporan yang tidak tepat berkaitan ‘ugutan rogol’ diterima seorang pelajar sebuah sekolah menengah baru-baru ini.

“Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri akan memanggil pihak Malaysiakini dan China Press dengan segera untuk mendapatkan penjelasan serta maklumat lanjut berhubung laporan-laporan media tersebut.

“Kementerian Dalam Negeri menasihatkan para pengamal media untuk mengekalkan prinsip kewartawanan yang baik bagi memelihara kewibaan laporan-laporan yang diterbitkan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Bukit Aman berkata, laporan kedua-dua portal itu memetik Acryl Sani mendakwa ugutan rogol diterima pelajar wanita terbabit sebagai kemungkinan satu gurauan daripada rakan sekelas, adalah tidak tepat dan menimbulkan kekeliruan.

‘Mungkin gurauan’ dalam kenyataan balas daripada soalan wartawan adalah aspek yang sedang disiasat dan tidak bermaksud isu berkenaan ‘hanya sekadar gurauan’ sepertimana digambarkan oleh kedua-dua portal berkenaan, kata kenyataan Bukit Aman.

Bukit Aman berkata, tajuk laporan kedua-dua portal berkenaan amat mengelirukan kerana tidak memberi gambaran sebenar yang dibuat ketika sidang media.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok