‘Datuk Addy Kana’, dua polis dibebas daripada POCA

April 27, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Addy Kana’ dan dua anggota polis yang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan satu sindiket perjudian dalam talian, dibebaskan dengan serta-merta.

Memetik laporan Bernama, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus.

Empat lagi hakim yang merupakan ahli panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Zaidi, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad yang berusia antara 35 hingga 40 tahun merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan permohonan writ habeas corpus mereka supaya dibebaskan dengan serta-merta.

Tengku Maimun bersetuju responden terdiri daripada mahkamah majistret, ketua polis negara, kerajaan dan ASP Khairul Fairoz Rodzuan tidak memenuhi keperluan undang-undang untuk menjustifikasi kesalahan penahanan ketiga-tiga mereka.

“Rayuan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan permohonan writ habeas corpus perayu (Addy Kana dan dua lagi) dibenarkan. Justeru, dengan perintah setiap perayu dibebaskan daripada tahanan serta-merta,” kata Hakim Tengku Maimun.

Tengku Maimun dalam penghakimannya berkata penangkapan dan penahanan perayu mengikut Seksyen 4 POCA 1959 menyalahi undang-undang kerana permohonan reman di hadapan seorang majistret tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok