Pengasas Rumah Bonda menangis ketika sesi pengecaman Bella

June 17, 2022 · Isu semasa

Tidak menahan perasaan sedih, Siti Bainun Ahd Razali menangis teresak-esak semasa sesi pengecaman remaja Sindrom Down dikenali Bella dalam perbicaraan kes yang berlangsung hari ini.

Pengasas Rumah Bonda itu mengalirkan air matanya melihat kelibat Bella dan lima individu lain yang berada di bawah jagaannya sebelum ini dibawa masuk ke mahkamah untuk dicam saksi.

Media turut melaporka Siti Bainun melambai tangannya beberapa kali ke arah mereka.

Sesi pengecaman itu dilakukan tiga saksi pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon supaya anak guamnya bersemuka dengan enam individu terbabit untuk melihat reaksi mereka.

“Sekiranya mahu identiti dirahsiakan, orang awam boleh diminta keluar dan tirai dibuka,” katanya dipetik laporan BH.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memaklumkan terdapat keperluan untuk melindungi saksi daripada terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar di dalam mahkamah.

“Ini adalah perlu saksi ini dicamkan dan tidak terdedah terus dalam mahkamah ini,” katanya.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, ini proses pengecaman dan tidak timbul isu untuk melihat reaksi kerana ia untuk tujuan sama ada orang dirujuk adalah individu yang disebut oleh saksi dalam perbicaraan.

“Tapi sekiranya pihak pendakwaan merasakan ada keperluan untuk orang awam keluar tiada masalah,” katanya.

Bagaimanapun, Nor Azizah memaklumkan tiada masalah untuk media dan orang awam berada di galeri awam kerana ia hanya proses pengecaman bukan merakam keterangan.

Terdahulu, Siti Bainun juga kelihatan sedih dan menangis ketika cuba menyentuh seorang kanak-kanak yang sebelum ini di bawah jagaannya, walaupun terhalang oleh penghadang plastik (yang digunakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19).

Semua tiga saksi dewasa dan tiga saksi kanak-kanak dan tiga saksi remaja termasuk Bella kemudian dicamkan oleh saksi kelapan pendakwaan iaitu pegawai penyelidik firma undang-undang, Suhana Zam dan saksi lain.

Siti Bainun, 30, didakwa mengabai dan menganiaya Bella sehingga remaja perempuan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok