Peperiksaan SPM 2020 paling sukar dilaksanakan KPM : Radzi

March 25, 2021 · Isu semasa

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 merupakan yang paling sukar dilaksanakan ketika negara berdepan pandemik COVID-19, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Bagaimanapun, Radzi melahirkan rasa lega dan berterima kasih kepada warga kementerian dengan komitmen yang ditunjukkan bagi memastikan perjalanan peperiksan SPM 2020 berlangsung dengan lancar walaupun berdepan saat sukar ketika ini.

“Di luar sana mungkin nampak perjalanannya agak teratur dan baik tetapi proses yang dilalui dibelakang, terdapatnya pelbagai penelitian yang dibuat.

“Saya secara peribadi amat bersyukur dan seluruh KPM merasakan ini merupakan satu kejayaan kita dalam menghadapi keadaan yang cukup sukar,” kata beliau dipetik Bernama.

Dalam majlis sama, Radzi juga mengumumkan tarikh peperiksaan SPM yang dijadualkan semula untuk 2,969 calon atau 0.74 peratus dari keseluruhan calon SPM 2020, yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu adalah dari 6 April hingga 23 April.

Calon tersebut merupakan pelajar yang tidak dapat hadir kerana dikuarantinkan atau atas sebab-sebab kesihatan.

Dalam pada masa yang sama juga, beliau turut mengumumkan bahawa pemeriksaan kertas SPM yang sedang berjalan ketika ini, buat pertama kalinya dalam sejarah diperiksa sepenuhnya secara dalam talian kecuali kertas Pendidikan Seni Visual.

Pada masa yang sama beliau berkata keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan pada masa yang sesuai, bagi membolehkan para calon mempunyai ruang yang cukup untuk memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

SPM 2020 yang bermula pada 22 Februari 2021 tamat hari ini, dengan kertas terakhir merupakan kertas Sains Komputer.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok