Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS

June 14, 2022 · Isu semasa

Ringgit kekal ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila lebih ramai pelabur beralih kepada aset selamat berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan susut berbanding dolar AS kepada 4.4190/4220 daripada paras penutup 4.4170/4185 pada Isnin, lapor Bernama.

Seorang peniaga berkata para pelabur berhati-hati susulan data inflasi yang terhakis dan pandangan yang berubah dengan pantas dalam pasaran kewangan pada Isnin telah membuka ruang kepada peningkatan faedah mata peratusan tiga-suku yang lebih besar dari jangkaan apabila Rizab Persekutuan AS bermesyuarat minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3496/3533 daripada paras penutup 5.3892/3910 pada Isnin dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1771/1797 daripada 3.1770/1783.

Ringgit juga turun berbanding yen Jepun kepada 3.2921/2948 daripada 3.2830/2844 pada Isnin tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6108/6139 daripada 4.6211/6226.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok