Sistem GST akan ditambah baik jika diperkenalkan semula: Zafrul

June 10, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan menambah baik dari aspek kecekapan proses bayaran balik jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam pengkelasan barang yang bercukai dengan tidak bercukai, peningkatan tahap kemahiran pegawai kerajaan, tahap pematuhan peniaga dan tadbir urus keseluruhan GST, lapor Bernama.

“Sebarang sistem percukaian baharu juga perlu diluluskan di parlimen dan jika diambil kira keperluan libat urus bersama rakyat serta untuk menambah baik sistem sedia ada, tidak mungkin GST akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya menerusi Laporan Kewangan Rakyat (LKR) ke-98 yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan perlu meneliti usaha untuk meluaskan asas hasil supaya ia dapat diagihkan dengan lebih bermakna melalui program pembangunan yang bermanfaat untuk seluruh Keluarga Malaysia.

Katanya, jumlah kutipan hasil negara mencatatkan 15.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 dan ia agak rendah berbanding kutipan hasil negara lain.

Sementara itu, hasil cukai negara mencatatkan 11.2 peratus daripada KDNK.

“Walaupun buat masa ini Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan harga komoditi global, hasil berkaitan komoditi tidak mampan kerana bergantung kepada pergerakan harga pasaran global,” katanya.

Menurut Zafrul, ia tidak mampu menampung sepenuhnya peningkatan perbelanjaan yang diperlukan untuk kesejahteraan rakyat.

“Oleh itu, kerajaan perlu meneroka sumber hasil yang stabil dan lebih meluas seperti cukai kepenggunaan.

“Namun begitu, sebelum kerajaan memperkenalkan apa-apa cukai baharu, kita perlu memastikan pemulihan ekonomi pasca krisis Covid-19 sudah mencapai landasan yang stabil dan kukuh,” katanya.

Mengulas mengenai Bajet 2023, Zafrul berkata tumpuan khas akan diberikan kepada memudah cara segmen pekerjaan atau pekerjaan semula terutamanya siswazah menganggur, wanita yang meninggalkan pasaran kerja, orang kurang upaya dan penganggur jangka masa panjang.

Selain itu, katanya tumpuan juga akan diberikan kepada program peningkatan kemahiran dan pemahiran semula, meningkatkan produktiviti menerusi digitalisasi aktiviti ekonomi dan memastikan gaji yang wajar dalam kalangan rakyat termasuk menerusi semakan gaji minimum.

“Tidak dilupakan intervensi-intervensi yang diperlukan bagi memastikan jaminan makanan asas untuk mengurangkan kenaikan ketara harga barang keperluan dan memastikan sumber kerajaan dibelanjakan kepada mereka yang memerlukan menerusi subsidi bersasar.

“Bajet 2023 akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan pembaharuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, pendapatan dan perlindungan sosial serta menambah baik daya saing perniagaan dan rantaian nilai di samping memperkukuh kedudukan fiskal kerajaan dan daya tahan negara dalam mendepani kejutan pada masa hadapan,” tambahnya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok