Pembentangan RUU larang tukar parti awal bulan depan

June 8, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta untuk menimbang memanggil Mesyuarat Khas Parlimen awal bulan depan bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

Cadangan supaya diadakan sidang khas itu dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menimbang Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No3) 2022 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Mesyuarat jawatankuasa bilangan enam 2022 sudah bersetuju dan memuktamadkan draf RUU Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 untuk dibentangkan serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

“Dalam hal ini, lima persoalan dasar dibangkitkan Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 1 Jun lalu dan sudah diulas serta dijawab oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dalam mesyuarat semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara ini akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), turut memaklumkan mesyuarat terakhir akan diadakan dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Jawatankuasa Pilihan Khas ini secara sebulat suara bersetuju meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk diadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama bulan Julai 2022.

“Secara umumnya, Jawatankuasa Pilihan Khas ini sudah berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul yang diluluskan pada 11 April lalu.

“Pencapaian ini hasil komitmen bersama semua ahli jawatankuasa dengan sokongan padu Parlimen,” katanya.

Mesyuarat Kabinet sebelum Ini membangkitkan dua perkara untuk diperinci dan diteliti semula dalam draf RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Selain isu berkenaan, Wan Junaidi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat sama turut tidak membantah draf dicadang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menimbang RUU berkenaan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok