SPRM masih tunggu arahan AG berhubung kes hakim perbicaraan SRC: Azam

June 2, 2022 · Isu semasa

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazal sudah lengkap, kata Tan Sri Azam Baki.

Ketua SPRM itu memberitahu pihaknya sudah menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Nazlan dan setakat ini masih menunggu arahan lanjut sekiranya terdapat kes yang membolehkan pendakwaan dijalankan terhadapnya.

“Bagaimanapun, saya enggan memberi sebarang kenyataan lagi dalam isu ini kerana siasatan sudah kami lengkapkan.

“Kita sudah lengkapkan dan sudah serahkan semuanya kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti, setakat ini kita menunggu arahan selanjutnya,” katanya dipetik laporan BH,

Azam terdahulu merasmikan Program Pemantapan Wartawan Bersama SPRM.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dan Azam ketika itu berkata siasatan berkenaan adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.

Terdahulu, Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tidak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

SPRM melalui kenyataan berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada 18 Mei lalu selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Mohd Nazlan.

Nazlan ketika ini berdepan serangan daripada kumpulan tertentu menjelang perbicaraan rayuan kes SRC Najib di Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.

Sekiranya Najib kalah lagi dalam perbicaraan rayuan kali ini, berkemungkinan bekas Perdana Menteri itu akan terpaksa menjalani hukuman penjara yang sudah dijatuhkan ke atasnya.

Pasukan peguam Najib sebelum ini juga mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1Malaysia Developmeny Berhad (1MDB).

Mahkamah Rayuan sudah mengekalkan keputusan itu tahun lepas dan Najib kini sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan, peringkat terakhir dalam perundangan bagi rayuan dilakukan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok