Ramai rakyat Malaysia terkandas di Thai berdepan denda, disenarai hitam

June 1, 2022 · Isu semasa

Rakyat Malaysia yang terkandas di Thailand berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 sebelum ini, berdepan denda dan berisiko disenarai hitam akibat daripada dokumen perjalanan yang tamat tempoh.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailand Mohd Yusoff berkata mengikut maklumat diperoleh, pemilik dokumen perjalanan dikenakan denda sehingga mencecah RM2,500 dan berdepan tindakan disenarai hitam selama tiga tahun oleh undang-undang Thailand, lapor Bernama.

Beliau berkata masalah dihadapi itu telah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mereka dalam proses rundingan dengan kerajaan Thailand bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu.

“Saya menerima banyak aduan masalah rakyat kita berkaitan dokumen perjalanan yang tamat tempoh sepanjang PKP sebelum ini yang tidak dapat cop dan sebagainya.

“Perkara ini (denda dan senarai hitam) kita tidak boleh ubah melainkan ia mendapat persetujuan daripada kerajaan Thailand. Kita cuba berunding dengan KDN untuk mempermudahkan perkara ini sekali gus dapat meringankan mereka kerana ada yang hanya bekerja buruh dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari pertama kebenaran kenderaan persendirian merentas Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini hari ini.

Mengenai pembukaan sempadan hari ini, Siti Zailah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia dapat membantu merancakkan semula ekonomi kedua-dua negara serta mengembalikan hubungan kekeluargaan antara rakyat Malaysia-Thailand.

“Hasil tinjauan saya hari ini mendapati masyarakat mula mengambil peluang sempena pembukaan ini untuk ke Thailand dan juga sebaliknya. Saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan Thailand kerana memberi kelonggaran kepada kenderaan rakyat kita yang terperangkap dan tersadai di sana tanpa sebarang bayaran.

“Saya dimaklumkan sepatutnya pada hari biasa kenderaan yang berada di sana dikenakan kadar bayaran sebanyak RM140 sehari bagi setiap kenderaan dan maksimum bayaran dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,400 sehari,” katanya.

Beliau turut berharap rakyat di negara ini dapat merebut peluang diberikan oleh kerajaan Thailand untuk membawa pulang kenderaan yang tersadai di sana tanpa sebarang bayaran dikenakan bermula hari ini hingga 30 Jun.

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Peguam mohon batal permohonan SPRM dapatkan dokumen berhubung penyelesaian 1MDB
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
4 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok