Larangan eksport ayam tak jejas penggiat industri: Pakar ekonomi

May 24, 2022 · Isu semasa

Larangan eksport ayam yang dikenakan kerajaan terhadap penggiat industri dilihat tidak memberi impak yang ketara berikutan eksport haiwan itu hanya menyumbang peratusan kecil daripada jualan mereka, menurut ahli ekonomi.

Profesor Ekonomi Malaysia University of Science and Technology (MUST) Dr Geoffrey Williams berkata walaupun negara akan berhenti mengeksport sehingga 3.6 juta ekor ayam sebulan mulai 1 Jun untuk menstabilkan harga dan pengeluaran ayam, penggiat industri masih dijangka mendapat manfaat daripada pasaran tempatan, yang menghadapi masalah kekurangan yang berterusan.

Bagaimanapun, katanya pengeksport akan kehilangan bahagian pasaran dan pendapatan. Oleh itu, beliau mencadangkan skim pampasan untuk mereka jika skim tersebut belum wujud.

“Stok suapan mereka boleh disubsidi atau mereka boleh diberi konsesi cukai.

“(Bagaimanapun,) perniagaan mereka akan bertahan. Mereka hanya perlu menghadapi tempoh sukar ini sehingga keadaan menjadi reda. Dalam tempoh jangka panjang, mereka boleh melihat untuk mempunyai model perniagaan yang lebih baik,” katanya lapor Bernama.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Kabinet untuk melarang eksport ayam berikutan aduan pengguna mengenai kekurangan dan harga ayam yang tinggi.

Williams, yang juga provost MUST untuk penyelidikan dan inovasi, menyifatkan larangan eksport itu sebagai penyelesaian jangka pendek yang baik untuk kekurangan, yang semakin meruncing.

Bagaimanapun, katanya langkah itu bukan penyelesaian jangka panjang berikutan had harga akhirnya akan menjadikan lebih sukar untuk mendapatkan wang daripada perniagaan.

Beliau berkata kerajaan melakukan perkara yang betul untuk menstabilkan pasaran dengan memansuhkan keperluan permit yang diluluskan untuk mengimport ayam, termasuk keseluruhan ayam dan bahagian ayam serta menyiasat dakwaan bahawa kartel mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat yang lebih besar.

Sementara itu, antara penggiat ternakan ayam terbesar di Malaysia, yang pada masa ini mengeksport ayam ke Brunei, menjangka jualan bulanan akan lebih rendah sekitar RM500,000.

“Kami menghantar 50 tan untuk keseluruhan ayam secara berterusan ke Brunei pada setiap bulan. Oleh itu, syarikat akan mencatatkan pendapatan yang lebih rendah berikutan larangan eksport itu,” kata jurucakapnya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya syarikat kini memberi tumpuan kepada pasaran tempatan, yang mewakili 98 peratus daripada jumlah jualan.

“Sebelum ini, kami menjual 20,000 ekor ayam setiap hari dan jumlahnya berkurangan 20 peratus dalam tempoh kekurangan tersebut.

“Oleh itu, kami kini memberi tumpuan kepada permintaan tempatan, terutamanya di pasar raya runcit,” katanya, sambil menambah ia mencatatkan jualan RM13 juta sebulan sebelum kekurangan itu.

Selain itu, katanya, syarikat masih menunggu Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melaksanakan mekanisme larangan eksport itu.

Sementara itu, Pengurus Jualan Farm’s Best Food Industries Sdn Bhd Lee Kuan Loong berkata syarikat mengeksport kira-kira 10,000 ekor ayam kepada syarikat sekutunya di Singapura sekali pada setiap dua bulan, yang boleh menjana kira-kira RM30,000.

Katanya susulan isu kekurangan itu, syarikat mengalami kerugian kira-kira 50 hingga 60 peratus baru-baru ini dan larangan eksport itu dijangka turut menyebabkan pendapatan lebih rendah.

“Kami mengeksport lima peratus daripada produk kami ke Singapura selain mempunyai kedudukan yang kukuh di Malaysia.

“Keputusan kerajaan itu dijangka menyebabkan gangguan sementara kepada bekalan ayam di Singapura,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok