Penyamun gagal larikan wang ATM

May 18, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki gagal melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan mesin pencanai (grinding machine) dalam satu kejadian di sebuah bank, di Tanah Merah, Kelantan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata kejadian itu dilaporkan pihak bank terbabit pada 7.16 pagi selepas menyedari salah sebuah ATM di premis itu rosak serta terdapat kesan dicanai di bahagian bawah.

Beliau berkata semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar premis itu menunjukkan seorang lelaki dilihat berjalan kaki dengan membawa sebuah kerusi plastik memasuki ruang menempatkan mesin ATM pada pukul 1.59 pagi.

“Suspek turut bertindak menutup CCTV dengan menggunakan pita pelekat selain kertas minyak pada pintu utama ruang berkenaan bagi mengelak perbuatannya dilihat.

“Suspek didapati berusaha hampir dua jam untuk cuba melarikan wang tunai di mesin ATM terbabit sebelum keluar semula pada 3.15 pagi dengan menggalas beg,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Wan Zulfikri berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan. – Bernama

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Petunjuk ekonomi positif, IMF unjur pertumbuhan KDNK 6.5%
April 7, 2021
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
10 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok