Memo Najib bukan arahan kepada Zahid lanjut kontrak UKSB, kata saksi

May 17, 2022 · Isu semasa

Memo tulisan tangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meneruskan kelulusan lanjutan kontrak Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi Sistem Visa Asing (VLN) kerajaan, tidak boleh ditafsirkan sebagai arahan, kata seorang saksi kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

Pengarah UKSB Datuk Fadzil Ahmad, yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dalam perbicaraan rasuah Zahid berkata:

“Walaupun Najib adalah PM pada masa itu, sumber kuasa dan bidang kuasa berwibawa (untuk meluluskan lanjutan kontrak) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), semua permohonan kami bermula di sana dan bukan pejabat PM.

“Perdana Menteri mungkin boleh menulis surat untuk mempercepatkan proses tetapi tidak memberi arahan,” kata Fadzil semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong, seperti dilapor MalayMail.

Ketika ditanya siapa menteri yang meluluskan ketika itu, Fadzil berkata Zahid yang mempunyai kata putus.

Terdahulu, semasa pemeriksaan balas, peguam bela Hamidi Mohd Noh memberitahu Fadzil bahawa catatan tangan Najib kepada Zahid dalam surat yang ditandatangani oleh UKSB mengenai pelaksanaan VLN adalah arahan khusus yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Dalam jawapannya, Fadzil bagaimanapun tidak bersetuju dengan penegasan Hamidi bahawa Zahid hanya mengikut arahan tertentu sebagai orang bawahan.

Fadzil juga bersetuju dengan penegasan Hamidi bahawa lanjutan kontrak VLN yang diminta oleh UKSB – yang telah berlaku kira-kira tiga tahun sebelum tamat tempoh – tidak didorong oleh motivasi luar mahupun mendesak kerana ia adalah ‘semula jadi’ untuk perkara sedemikian berlaku.

Hamidi: Tidak ada keperluan untuk UKSB menyegerakan atau mendapatkan lanjutan kontrak kerana secara logiknya anda boleh memohon pelanjutan tidak kurang daripada enam bulan sebelum tamat tempoh.

Tiada masalah. Kedua, adalah biasa untuk memanjangkan. Ia bukan perkara baharu yang memerlukan insentif. Atau motivasi. Tidak ada yang pelik, sudah semestinya kontrak VLN perlu dilanjutkan, betul?

Fadzil: Ia bergantung kepada mengapa pelanjutan diperlukan dan saya tidak fikir ia dilanjutkan secara automatik.

Hamidi kemudian memetik klausa dalam perjanjian kontrak asal yang menetapkan pelanjutan boleh dibuat tidak kurang daripada enam bulan sebelum tamat tempoh.

Fadzil: Betul.

Sebelum ini, saksi pendakwaan keenam bekas Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Alwi Ibrahim telah melahirkan rasa tidak puas hati kerana lanjutan kontrak diberikan kepada UKSB “terlalu awal” – kira-kira tiga tahun sebelum ia tamat.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok