268,800 dos baharu AstraZeneca sudah tiba

April 24, 2021 · Isu semasa

Malaysia menerima 268,800 dos vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, lapor Bernama.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, vaksin berkenaan yang diperoleh melalui fasiliti COVAX tiba di KLIA pada jam 8.20 malam.

Beliau berkata, ini merupakan penghantaran pertama bagi vaksin berkenaan yang pembeliannya dilaksanakan pada Disember lepas bagi kegunaan tiga peratus jumlah populasi negara.

“Pihak fasiliti COVAX menghantar vaksin ini dari Korea Selatan dan kita akan letak di gudang yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang media di Kota Tinggi, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai kebimbangan masyarakat terhadap vaksin berkenaan, Dr Adham berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah membuat keputusan untuk membeli vaksin itu hanya selepas mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (MPRA).

Beliau berkata, berdasarkan penelitian terhadap semua data daripada pengeluar dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), didapati kelebihan menggunakan vaksin tersebut adalah melebihi kemudaratan.

“Pandangan kita, vaksin AstraZeneca ada kebaikan apabila digunakan terhadap kumpulan (penerima) tertentu… (sebab itu) kena banyakkan jenis-jenis vaksin lagi kerana keperluan vaksin ada yang boleh serasi dengan kumpulan-kumpulan itu… sekarang kita dah ada Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca,” katanya.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
2 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok