UMNO ada dua pilihan, tapi tak lihat fungsi MT kini hanya ‘caretaker’

May 14, 2022 · Politik

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini dilaporkan berkata pindaan perlembagaan UMNO menerusi Perhimpunan Agung Khas (EGM) esok (15 Mei) membolehkan Majlis Tertinggi (MT) membuat dua pilihan berhubung pemilihan parti.

Pilihan itu ialah melanjutkan 18 bulan selepas pemilihan terdahulu seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti sedia ada, atau tidak lewat dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

“Sebenarnya tiga tahun pemilihan itu kita kekalkan tetapi jika hampir dengan PRU, kita ada dua pilihan.

“Pilihan pertama, lanjut 18 bulan yang sudah ada dalam Perlembagaan (parti). (Kedua) yang kita nak buat esok ialah tambahan satu lagi, iaitu tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU Parlimen,” katanya memetik laporan BH hari ini.

Bagaimanapun, pemerhati politik dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Shekh Alsagoff, melihat dari sudut implikasi pindaan perlembagaan ini kepada UMNO sekiranya tidak diluluskan.

“Seingat saya, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Jasri Kasim, pernah dilaporkan berkata pada 10 Ogos 2021 bahawa MT UMNO hanya berfungsi sebagai ‘caretaker’ yang hanya boleh melaksanakan tugas urusan hal ehwal pentadbiran sahaja.

“Pasti akan ada pertanyaan apakah memanjangkan tempoh memegang jawatan pemimpin selepas masa enam bulan sesuatu PRU dilangsungkan boleh dilakukan melalui inisiatif MT UMNO yang hanya berfungsi sebagai ‘caretaker’ sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Jasri berkata MT yang diketuai Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh sebelum pemilihan dibuat, hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti.

Menurutnya, dalam situasi itu, pihaknya menyangkal ura-ura bahawa parti itu boleh dibatalkan dengan mudah kerana ia masih diterajui Pengerusi Tetap dalam tempoh fungsi kepemimpinan MT ketika ini.

Menjelaskan lanjut, Dr Syed Agil berkata RoS akan terpaksa membuat pertimbangan yang adil mengikut lunas undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Pertubuhan sama ada meminda salah satu perkara asas dalam perlembagaan boleh dilakukan tatkala MT UMNO menjadi ‘caretaker’.

“Begitu juga dengan takrif ‘selepas masa enam bulan sesuatu PRU dilangsungkan’ yang tidak spesifik dan begitu subjektif yang boleh dipersoalkan apakah ia bertepatan dengan peruntukan lain dalam akta mahupun Perlembagaan Negara.

“Jika ROS meluluskan pindaan ke atas perlembagaan UMNO ini maka pastilah berduyun-duyun parti lain akan membuat pindaan sama ke atas perlembagaan parti mereka dan mahu tidak mahu ROS akan terpaksa meluluskannya juga atas prinsip keadilan dan kesaksamaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan, bagaimana pula jika ROS tidak meluluskan pindaan ke atas perlembagaan UMNO itu, adakah UMNO bersedia menghadapi implikasinya.

“Tidakkah dengan itu imej UMNO akan tercalar dan tidakkah akan ada kemelut dalaman pula nanti dalam parti,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tohmahan dibuat untuk tutup kepincangan isu lantik anak jadi penasihat: Muhyiddin
February 9, 2023
Anwar kata tak peduli jika tindakan dianggap bermotif politik: Laporan
March 11, 2023
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok