UMNO Alor Gajah gesa Sulaiman dilantik Pengerusi UMNO Melaka, ganti Rauf

May 13, 2022 · Politik

Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali layak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka yang baharu, kata UMNO Bahagian Alor Gajah.

Cadangan tersebut disuarakan pemangku Ketua Bahagian, Datuk Rospandi Leman yang mahu jawatan tersebut digantikan dengan Sulaiman dan bukannya Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, ia susulan timbul spekulasi gerakan untuk menyingkirkan Sulaiman baru-baru ini.

Menurut Rospandi, langkah itu untuk mengukuhkan kepimpinan UMNO dan BN di peringkat bahagian serta negeri sekiranya KM adalah individu yang sama memegang kedua-dua jawatan tersebut.

“Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah juga berpendirian, fokus utama kepimpinan kerajaan negeri pada masa ini adalah untuk memulihkan semula pembangunan ekonomi negeri dan kehidupan rakyat selepas pandemik Covid-19.

“Bukan hal-hal yang tidak sepatutnya sehingga boleh merencatkan usaha dan perancangan kerjaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tambah Rospandi, UMNO bahagian itu menyatakan pendirian yang jelas dan tegas serta menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Sulaiman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu.

Katanya, pendirian bahagian itu selaras dengan aku janji yang dibuat oleh UMNO dan BN bahawa Sulaiman akan terus kekal dilantik sebagai KM jika parti terus diberikan mandat baharu.

“Sebarang cubaan menganggu gugat kepimpinannya sebagai Ketua Menteri, perbuatan untuk mengkhianati mandat besar yang telah diberikan oleh pengundi dan rakyat Melaka,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin yang sama turut tersebar mendakwa terdapat langkah untuk menggulingkan Sulaiman oleh seorang lagi pemimpin parti, yang dikatakan sedang mengintai jawatan KM Melaka.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam UMNO Melaka, pucuk pimpinan parti memilih Sulaiman untuk menerajui negeri itu semula selepas BN muncul pemenang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lepas.

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai KM Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka pada 21 Nov tahun lepas, selepas BN memenangi PRN Melaka.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai KM Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada 9 Mac 2020, menggantikan Adly Zahari yang dilantik KM Melaka ke-11 pada 11 Mei 2018.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok