Kadar jangkitan Covid-19 meningkat, tapi kebanyakan kategori 1, 2

May 12, 2022 · Isu semasa

Meskipun kadar kebolehjangkitan (R-Naught) Covid-19 di negara ini meningkat namun tiada sebarang peningkatan kes mendadak dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehjangkitan iaitu jumlah kes baharu Covid-19, jumlah kes pulih dan mengambil kira faktor komuniti yang belum dijangkiti Covid-19 serta komuniti yang telah menerima vaksinasi.

“Kita lihat (kadar kebolehjangkitan) meningkat tetapi kebanyakan kes adalah kategori satu dan dua sebagai mana kita jangkakan selepas Aidilfitri kes akan meningkat tetapi (hanya) kes bagi kedua-dua kategori ini.

“Kemasukan ke hospital dan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih kurang dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih ada kemampuan menerima pesakit, kita tidak nampak kes meningkat dengan mendadak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Evolusi Baju Seragam Jururawat di Muzium Negara di sini hari ini.

Memetik Bernama, Dr Noor Hisham berkata KKM menjangkakan peningkatan kes baharu Covid-19 selepas pembukaan semula sempadan pada 1 April, namun liputan vaksinasi yang tinggi dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat Malaysia membantu pengawalan wabak itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan kes denggi mencatatkan penurunan pada dua tahun lepas kerana orang ramai mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam.

“Kalau kita mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam, kita bukan hanya mengawal Covid-19 tetapi kita mengawal penyakit berjangkit yang lain.

“… walaupun kita ada vaksin kita masih mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam, jadi dengan dua perkara itu dan ditambah dengan ubat antiviral (rawatan Covid-19) kita mungkin lebih baik lagi dapat membendung penularan Covid-19 dalam negara,” katanya.

Selain berterima kasih atas sumbangan dan jasa jururawat di Malaysia, Dr Noor Hisham turut merakamkan penghargaan terhadap usaha Jabatan Muzium Malaysia mengadakan pameran sisipan baju seragam jururawat sebagai menghargai petugas barisan hadapan.

Pameran 10 hari sehingga 22 Mei yang berlangsung di Dewan Tengah, Muzium Negara itu mengisahkan pengenalan Hari Jururawat Sedunia, penerangan berkaitan tema sambutan tahun ini dan evolusi baju seragam jururawat di Malaysia dari awal tahun 1900 hingga kini.

Antara koleksi yang dipamerkan ialah baju seragam jururawat di seluruh negara, peralatan merawat pesakit dan foto-foto lama jururawat di sekolah latihan jururawat.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok