Ahmad Maslan syor PAS dibubar

May 11, 2022 · Politik

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini (11 Mei 2022) mencadangkan PAS dibubarkan kerana UMNO sekarang ini turut membawa wadah perjuangan Islam.

Tindakan itu bertepatan dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 2010 lalu bahawa PAS sanggup dibubarkan jika UMNO benar-benar mengikut landasan Islam, katanya.

“Satu kenyataan arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat… beliau sanggup mencadangkan agar PAS dibubarkan sekiranya UMNO benar-benar mengikut landasan Islam,” katanya.

Menurutnya UMNO sejak 2019 telah mengubah perlembagaannya dan kini menjadi parti politik yang turut membawa wadah perjuangan Islam dan meletakkan agenda mempertahan dan mendukung cita-cita agama Islam sebagai asas dan tujuan utama, berbanding hanya perjuangan kebangsaan Melayu.

“Fasal 3.1 (Perlembagaan UMNO), sebelum ini (diletakkan dalam) Fasal 3.3, tapi sekarang sudah dinaikkan ke Fasal 3.1, iaitu menegak dan mempertahan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya ingin menyeru kepada PAS, bubarkanlah PAS, itu mesej penting, sampaikan kepada rakan, ramai orang Kelantan di sini, PAS utamanya di Kelantan. Baru-baru ini mereka mahu berbaik dengan kita, kita rasa elok bubar, tengok perlembagaan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Aspirasi UMNO (WAU) – ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ yang disiarkan menerusi Facebook Live UMNO Online hari ini.

“Dengar betul-betul, asas dan tujuan UMNO sudah dipinda. UMNO adalah sebuah parti politik yang mendokong cita-cita agama Islam. Sebelum ini tidak diletak dalam asas dan tujuannya (dalam perlembagaan UMNO), sekarang sudah ada.

“Sebelum ini UMNO, sebuah parti politik yang mendokong perjuangan kebangsaan Melayu, itu yang pertama.

“Sekarang yang pertama, UMNO adalah sebuah parti politik yang mendokong cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, Bumiputera, anak negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Melayu dan kemakmuran serta kestabilan negara. Itu asas perjuangan UMNO yang kita sudah pinda 2019,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
PN calonkan bekas Ahli Parlimen UMNO sebagai Speaker Parlimen
December 13, 2022
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok