PAS terbuka untuk teruskan kerjasama dengan UMNO: Mohd Amar

May 11, 2022 · Politik

PAS sentiasa terbuka untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata PAS bukan sahaja sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan UMNO bahkan dengan semua parti politik yang mengutamakan Orang Melayu dan agama Islam sekali gus bertepatan dengan matlamat utama perjuangannya, lapor Bernama.

Mohd Amar berkata keterbukaan PAS adalah bagi menjaga kepentingan ummah dan menghalang Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan.

“Sekarang PAS masih terbuka untuk bersama dengan UMNO sekiranya UMNO boleh menilai semula pendiriannya sebelum ini dan kembali bekerjasama dengan PAS, kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO.

“Malah apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri pun, kita tidak menarik sokongan. Kalau kita mahu khianati UMNO, ketika inilah kita nak tarik sokongan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerjasama parti tersebut dengan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok