Lelaki Cina kecam masjid, hina Melayu kena berkas

April 24, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki Cina diberkas di rumahnya di Taman ACBE Bahau, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung sepucuk surat yang dihantar kepada pengurusan Masjid Jamek Bahau yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditangkap pada jam 10.10 malam tadi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol.

“Dalam tangkapan itu polis berjaya merampas beberapa helai kertas dan sampul surat yang disimpan dalam kabinet dapur dipercayai mempunyai kaitan mengecam Masjid Jamek Bahau dan menghina Melayu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, suspek adalah bekas pekerja kedai Lucky Kopitiam di Bahau yang diberhentikan kerja kerana mempunyai masalah disiplin dan sering memarahi pelanggan.

“Tindakan suspek dipercayai kerana tidak berpuas hati terhadap majikannya kerana dirinya telah diberhentikan kerja,” katanya.

Hoo berkata, siasatan awal mendapati tangkapan itu ada kaitan dengan dua laporan polis yang dibuat pada 21 April dan dua pucuk surat juga pada 21 April dan 23 April lalu yang dihantar melalui pejabat pos kepada Masjid Jamek Bahau dan tular di media sosial.

Beliau berkata, ketika ditangkap pihak polis juga menemui bukti fizikal berkaitan salinan beberapa surat berkenaan di dalam rumahnya.

Suspek akan direman untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok