Ringgit rendah berbanding dolar AS

May 9, 2022 · Isu semasa

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini, di tengah-tengah permintaan kukuh terhadap dolar AS, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3745/3780 berbanding dolar AS daripada 4.3650/3680 sewaktu ditutup pada Jumaat, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah kekal melebihi 103 mata berikutan data ekonomi di Amerika Syarikat (AS) yang tetap kukuh.

“Data gaji bukan perladangan terkini berjumlah 428,000 pada April 2022 adalah lebih tinggi berbanding anggaran konsensus 380,000, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.6 peratus untuk dua bulan berturut-turut.

“Sehubungan itu, Rizab Persekutuan AS (Fed) akan kekal dengan kecenderungan menaikkan kadar faedah bagi pendirian monetari mereka dalam masa terdekat yang kemudiannya akan menyokong nilai dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata bagi minggu ini, seluruh perhatian akan tertumpu kepada keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 11 Mei.

“Kami menjangka BNM akan mengekalkan penanda aras kadar faedahnya memandangkan risiko aliran penurunan terhadap pertumbuhan kekal ketara, manakala kadar inflasi masih agak terkawal,” katanya.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata hasil AS boleh digunakan sebagai dasar memerangi inflasi Fed sekiranya Indeks Harga Pengguna AS adalah lebih rendah daripada jangkaan.

“Dolar AS boleh mengukuh kerana ia membayangkan Fed perlu menaikkan kadar dana Fed lebih cepat untuk mengawal inflasi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata hala tuju perjalanan ringgit akan bergantung kepada keadaan yang berlaku di China akibat kawalan pergerakan dan dasar COVID-19.

“Kawalan pergerakan yang berpanjangan di China boleh menjejaskan ringgit susulan kelemahan yuan,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1473/1501 daripada 3.1523/1549 sewaktu ditutup pada Jumaat dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3819/3863 daripada 5.3868/3905.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3447/3476 daripada 3.3453/3479 dan menokok berbanding euro kepada 4.6002/6039 daripada 4.6138/6170.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Nilai ringgit dijangka terus berdepan tekanan minggu ini, kata penganalisis
May 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
3 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok