PRU-15: UMNO, PAS Selangor capai persetujuan elak bertembung

May 7, 2022 · Politik

UMNO Selangor mendakwa parti itu sudah menyelesaikan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan PAS negeri, bagi mengelak pertembungan sesama sendiri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata pembahagian kerusi telah dibincang secara dasar oleh kedua-dua parti itu di peringkat negeri sebelum tertubuhnya Perikatan Nasional (PN) lagi.

Memetik Bernama beliau berkata kedua-dua parti akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di Selangor, termasuk pada peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)

“Kalau UMNO bertanding di Parlimen, DUN kena ada PAS dan sebaliknya dan elak bertembung satu sama lain,” katanya pada sidang akhbar dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Tanjung Karang, hari ini.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata pihaknya berharap tindakan itu akan mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti masing-masing dengan sasaran memenangi lebih 30 daripada 56 kerusi DUN pada PRU-15 nanti.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata musuh politik bagi PAS dan UMNO di Selangor adalah Pakatan Harapan (PH).

“Realitinya pada PRU-14, UMNO ada pengundi asas sendiri dan begitu juga PAS. Kebersamaan dan muafakat ini kalau ditunjukkan kepada rakyat, kita boleh jatuhkan PH.

“Kalau bertembung tiga penjuru, tidak akan ke mana,” katanya.

Ketika ditanya sama ada PAS bersedia bertembung dengan Bersatu di Selangor, beliau menjelaskan perkara itu adalah keputusan peringkat pimpinan tertinggi parti itu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok