Saya tak mengaku salah, sedia hadapi saman Apandi di mahkamah: Dr M

May 6, 2022 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara dan tidak mengaku salah di atas tindakan itu.

Serentak itu, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri serta defendan pertama dalam saman Apadi berhubung pemecatannya, memaklumkan bersedia menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Pada 13 Oktober 2021, Apandi memfailkan saman terhadap Dr Mahathir dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua atas dakwaan bekas Perdana Menteri itu telah menyalahgunakan kuasanya sehingga menyebabkan beliau kehilangan jawatan tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, pada 13 April lalu, kes saman itu diselesaikan secara baik, tetapi terma-terma penyelesaian tidak didedahkan kepada umum.

“Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi diadili di mahkamah,” kata Dr Mahathir dalam kenyataan hari ini.

Apandi memfailkan tuntutan di mahkamah terhadapnya setelah beliau meletak jawatan Perdana Menteri dan menuduh beliau berniat jahat serta tidak mengikut undang-undang, katanya.

“Saya telah beri kenyataan saya kepada pihak Peguam Negara. Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosedur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara.

“Pada masa itu saya berasa Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana beliau merupakan peguam UMNO sejak sekian lama.

“Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salah laku Datuk Seri Najib Razak. Malahan dia telah kata bahawa Najib tidak bersalah kerana kononnya tiada kes, sebelum apa-apa tindakan siasatan dibuat,” katanya.

Dr Mahathir berkata sikap berat sebelah Apandi ini terbukti apabila Najib didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Katanyanya ketika memberi keterangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bagi persediaan kes saman Apandi terhadapnya, beliau telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan Rule of Law.

“Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul pada Yang di-Pertuan Agong supaya Apandi ditamatkan perkhidmatan.

“Saya terkejut apabila baca berita baru-baru ini tentang satu penyelesaian diluar mahkamah dibuat diantara Kerajaan dan Apandi. Terma penyelesaian juga dirahsiakan. Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau telah menulis pada Peguam Negara dan memaklumkan tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat.

“Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada Kerajaan.

“Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan. Apakah pampasan perlu dibayar jika tindakan dibuat mengikut undang-undang? Di mana prinsip Rule of Law.

“Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar itu untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali diwaktu mana sekalipun,” katanya.

Untuk rekod, Apandi adalah bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, sebelum meletak jawatan pada 26 Disember 2019.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
8 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok