Lebuh raya sesak, PLUS jangka berterusan sehingga awal pagi

May 5, 2022 · Isu semasa

Kesesakan di lebuh raya utama menuju ke ibu kota, Kuala Lumpur dijangka berterusan sehingga awalpagi ini, kata Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

PLUS melaporkan kesesakan berpunca daripada jumlah aliran kenderaan tinggi serta perlahan Lebuhraya Utara Selatan susulan orang ramai pulang dari kampung selepas menyambut hari raya Aidilfitri pada Isnin lalu dan akan mula bekerja.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata keadaan trafik di Lebuhraya Utara Selatan amat lancar pada awal pagi dari semua arah.

“Bagaimanapun, aliran trafik mula meningkat bermula jam 10.30 pagi tadi dari arah utara dan selatan menghala ke Kuala Lumpur.

“Trafik mula bergerak perlahan di kawasan Juru dan Seberang Perai di kedua-dua arah serta menghala ke Bukit Merah, selain kawasan Bukit Berapit dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora,” katanya dipetik laporan BH.

Selain itu, beliau berkata, trafik juga perlahan di beberapa kawasan lain seperti Simpang Pulai dan kawasan mendaki di Gua Tempurung dan Tapah serta kawasan Bidor, Sungkai dan Slim River.

“Trafik dari Johor juga meningkat di Yong Peng ke Air Hitam, Pedas- Linggi Layby ke Port Dickson, dan berlaku kesesakan di Bukit Gambir ke Ayer Keroh disebabkan kemalangan di Kilometer 193.3 arah Jasin ke Ayer Keroh.

“Kita jangka aliran trafik tinggi akan berterusan sehingga ke awal pagi nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi Jadual Perancangan Perjalanan (TTA) serta menggunakan aplikasi Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan.

Pihak PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya memastikan kenderaan diselenggara sebelum pulang serta memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-Wallet mencukupi dan berhenti di kawasan rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengantuk atau keletihan.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok