Keputusan terima calon bekas ADUN UMNO pada PRN Melaka tak sama: Loke

April 28, 2022 · Politik

Anthony Loke memberi penjelasan secara pilih kasih berhubung kerjasama dengan Bersatu apabila mendakwa keputusan semasa menerima bekas calon UMNO bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak sama dengan keputusan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung DAP itu berkata mereka keberatan untuk menerima kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 walhal semasa PRN Melaka boleh pula menerima dan mempertahankan keputusan PKR yang meletak calon bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO.

“Itu (bekerjasama dengan Bersatu) adalah keputusan besar, ia berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka,” katanya dipetik laporan media.

Untuk rekod, PRN Melaka diadakan ekoran pengkhianatan ADUN UMNO sehingga kerajaan negeri dijatuhkan dan kemudiaan PKR mengambil semua bekas ADUN UMNO sebagai calon mereka untuk bertanding.

Bagaimanapun, PKR dan bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) tewas teruk di Melaka dan disusuli kemudiaannya di Johor pula.

Terdahulu, Bersatu sebelum ini berkata bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan UMNO-Barisan Nasional (BN) berdepan saingan satu lawan satu pada PRU-15 akan datang.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini parti itu masih di peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula ‘menang-menang’ antara mereka supaya dapat mencapai agenda berkenaan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok