Penjual kuih dituduh bunuh polis trafik

April 23, 2021 · Isu semasa

Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis minggu lalu.

Mohd Arafat Taufik, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Arafat didakwa menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan melanggar motosikal yang dinaiki Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan sehingga mangsa terjatuh dan meninggal dunia di Jalan Utama, antara 1 hingga 2 pagi, 17 April lepas.

Memetik laporan Bernama, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu proses dokumentasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam G Shanmugam.

Pada 18 April lepas, media melaporkan Muhammad Iqbal yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah maut ketika mengejar suspek, selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar suspek dan terbabas, menyebabkan dia terjatuh dan kepalanya terhantuk pada pembahagi jalan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok