Tiada kesalahan jenayah klip audio Wisma Putra bocor, kata polis

April 27, 2022 · Isu semasa

Polis tidak menemukan sebarang kesalahan jenayah dalam siasatan kes kebocoran klip audio yang dikaitkan dengan Wisma Putra.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim pada sidang media di sini hari ini berkata berikutan itu, pihaknya menyerahkan semula kes tersebut kepada Kementerian Luar Negeri untuk siasatan dalaman.

Baru-baru ini, tular menerusi media sosial rakaman perbualan seorang lelaki berkaitan Kementerian Luar Negeri yang disampaikan kepada seorang wanita bergelar ‘Datin’, lapor Bernama.

Diminta mengulas isu ‘PASLeaks’, Azmi berkata pihaknya tidak akan memanggil ahli politik yang dinamakan dalam dokumen yang tular itu kerana kertas siasatan baru saja dibuka untuk menentukan sama ada terdapat kesalahan dilakukan.

Sebaliknya, beliau berkata pihaknya akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berkenaan termasuk pengadu.

Jumaat lalu, Naib Presiden PAS Senator Datuk Idris Ahmad menyifatkan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat parti itu adalah cubaan meretakkan hubungan antara parti-parti Melayu.

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata polis berjaya menemukan 26 kereta mewah pelbagai jenama yang dicuri di beberapa negeri susulan satu laporan kecurian sebuah kereta di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Disember lepas.

Beliau berkata kesemua kereta itu terdiri daripada 12 Toyota Vellfire, Honda (lima), BMW dan Mercedes-Benz masing-masing tiga, Mazda (dua) dan Ford Ranger (satu) yang keseluruhannya dianggar bernilai RM3 juta.

Susulan itu, polis turut menahan sembilan lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun di beberapa negeri yang dipercayai terlibat dalam kumpulan curi kenderaan.

Mengenai modus operandi kumpulan itu, Azmi berkata mereka mencari maklumat mengenai kereta yang telah dilupus daripada syarikat-syarikat insurans.

“Selepas maklumat itu diperoleh, kumpulan berkenaan akan menggunakan identiti kenderaan yang dilupuskan dan digunakan pada kenderaan yang telah dicuri,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok