Warga emas didakwa lakukan persetubuhan luar tabii dengan kucing

April 25, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan seekor kucing.

Bagaimanapun, hukuman ke atas Janting Keling, 63, belum diputuskan memandangkan pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan untuk serahan dokumen pada 25 Mei ini, lapor Bernama.

Janting didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan seekor kucing sehingga menyebabkan kucing itu mati.

Warga emas itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kawasan taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada 4.30 pagi 16 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S.Thiviya menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran.

Janting yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia tidak bekerja.

Dia juga mendakwa berasal dari Sarawak dan baru datang ke Johor dan tinggal bersama anaknya di sini.

Hakim Fatimah Zahari kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan untuk serahan dokumen.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok