Zahid bidas Annuar selepas kata pendedahan PASleak bukan luar biasa

April 24, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa susulan kenyataannya yang dilihat mengambil mudah berhubung pendedahan dokumen kontroversi PASleak baru-baru ini.

Presiden UMNO itu mempertikaikan kenyataan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu yang menyifatkan maklumat didedahkan PASleak bukan sesuatu luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan, malah Zahid yang berdepan puluhan pertuduhan kes mahkamah menggesa supaya ahli parti tidak terpedaya dengan muslihat musuh mereka.

“Apakah kandungan ‘PASleak’ dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera.

“Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. Jangan mudah terpedaya!,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Annuar semasa mengulas pendedahan PASleak berkata dokumen ‘PASleak’ yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Ujarnya, berdasarkan pemahamannya setelah meneliti dokumen itu, ia hanyalah catitan pemimpin PAS dalam mencari fakta mengenai pandangan beberapa pemimpin parti lain.

“Saya tidak tahu dokumen itu benar atau tidak. Katakanlah ia benar, pada saya ia bukan satu perkara macam ada perancangan, pada saya, tidak. Pada pemahaman saya ia catatan-catatan ‘siri libat urus’ yang mereka (pemimpin PAS) buat dalam ‘fact finding’.

“PAS cuba memahami apakah pandangan daripada tokoh-tokoh pelbagai parti, ada daripada UMNO ada daripada Pejuang dan sebagainya,” katanya mengulas pendedahan tersebut sebelum ini.

Zahid kemudiaan juga membidas Annuar yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan dasar parti dan ia nampaknya bukan kebetulan lagi.

“Ketika musuh luar parti bermuslihat dan dengan licik cuba memperdaya parti lawan menggunakan pelbagai taktik dan strategi, kita sebagai orang parti dari ahli biasa ke peringkat bahagian parti perlu lebih bijaksana dalam membaca gerak geri lawan.

“Sekali dua kenyataan bertentangan dengan dasar parti dapatlah dianggap kebetulan, namun sudah beberapa kali itu lah namanya bukan kebetulan lagi,” katanya.

Pendedahan dokumen PASleak didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO yang tular di media sosial sebelum ini.

Ia adalah beberapa keratan didakwa minit mesyuarat yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan BN termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Zahid ke penjara.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok