Elak pokai selepas Aidilfitri

April 24, 2022 · Isu semasa

SAMBUTAN Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini lebih meriah setelah dua tahun kita terpaksa menyambutnya dalam suasana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, masyarakat perlu bijak merancang perbelanjaan agar tidak menghadapi masalah kewangan selepas berakhirnya musim perayaan nanti.

Walaupun sangat teruja tetapi jangan sesekali terlalu ghairah berbelanja sehingga memudaratkan kehidupan kita kelak.

Hal ini sangat penting kerana kita khuatir masyarakat leka dan boros berbelanja menghabiskan semua pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan sehingga RM10,000 serta pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang disediakan oleh kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat.

Harus diingat, kebenaran pengeluaran KWSP serta pemberian BKM adalah untuk membantu rakyat meneruskan kehidupan tatkala ekonomi belum pulih sepenuhnya serta kita sedang berhadapan dengan masalah kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

Jadi, wang tunai yang diperoleh ini perlu diuruskan dengan bijak supaya dapat membantu kita meneruskan kelangsungan kehidupan untuk suatu tempoh lebih panjang.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkata, perancangan awal sangat pen­ting supaya seseorang itu dapat berbelanja secara berhemah dan mengikut kemampuan.

“Secara psikologinya, kita akan berbelanja lebih pada bulan Ramadan dan perayaan apatah lagi ia disambut setahun sekali sehingga membuatkan kita berasa tidak kesah untuk membeli sesuatu sempena meraikannya.

“Namun, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu membuat kira-kira dan mengukur tahap kemampuan dengan pendapatan diperolehi agar kelak tidak dibebani hutang,” ujarnya.

Tambah beliau, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu, pembelian secara online semakin rancak dan akti­viti tersebut melonjak naik apabila tiba musim perayaan.

Oleh itu, disiplin diri penting agar tidak boros berbelanja apatah lagi kini kita boleh membeli dengan lebih mudah dengan hanya dihujung jari.

Beliau turut memberitahu, pembelian dipengaruhi oleh pelbagai faktor psikologi yang sangat subjektif seperti keluarga dan pengaruh sekeliling terutama media sosial.

“Sebagai contoh, anak remaja akan lebih tertarik untuk membeli sesuatu seperti diperlihatkan oleh influencer dalam media sosial.

“Justeru, perancangan dan kawalan pembelian sangat pen­ting supaya tidak boros ber­belanja serta ukur baju di badan sendiri,” ulasnya lagi.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok