DAP rela kalah daripada bekerjasama dengan PN, kata Loke

April 22, 2022 · Politik

Sukar untuk DAP menerima sebarang bentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Loke menyifatkan perkara yang berlaku sebelum ini sukar dilupakan mereka, ia dipercayai merujuk kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini disebabkan oleh Langkah Sheraton yang menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri (PM).

“Semua pihak dalam PH perlu menyedari bahawa adalah amat sukar kerjasama dengan PN dapat dijalin dengan latar belakang sejarah hitam yang pernah kami lalui dengan parti-parti komponen dalam PN.

“Saya menyeru semua kepemimpinan dalam PH supaya membincangkan sebarang pandangan berkenaan kerjasama politik dengan pihak lain dalam mesyuarat Majlis Presiden PH dan bukannya melalui kenyataan terbuka untuk memastikan tidak ada kekeliruan dalam kalangan ahli dan penyokong kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loke menggesa supaya sebarang pendirian melibatkan gabungan itu perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden sebelum sebarang keputusan dibuat selepas ini.

“Segala keputusan mengenai hala tuju dan kerjasama di luar kerangka PH mesti diputuskan secara bersama oleh Majlis Presiden PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menggesa kepemimpinan PH agar tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurutnya, langkah kerjasama dalam inisiatif khemah besar itu penting bagi memastikan blok pembangkang dapat berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu.

Perbincangan tersebut menurut Salahuddin termasuklah bersama PAS dan Bersatu.

Mengulas lanjut, Siew Fook berkata, kenyataan oleh Salahuddin tersebut merupakan pandangan peribadi dan ia tidak pernah diputuskan dalam Majlis Presiden PH

“DAP berpendirian bahawa isu kerjasama antara PH dan PN dalam PRU-15 tidak timbul kerana PN merupakan sebahagian daripada blok kerajaan hari ini.

“Konsep ‘Khemah Besar’ yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok