Wanita dituduh dera kanak-kanak pengsan di kandang mahkamah

April 22, 2022 · Isu semasa

Prosiding Mahkamah Sesyen Georgetown hari ini dihentikan seketika selepas seorang wanita yang menghadapi pertuduhan kes mendera cucunya, rebah ketika berdiri di dalam kandang tertuduh semasa pertuduhan ke atasnya sedang dibacakan di hadapan hakim.

Bagaimanapun selepas kira-kira lima minit, mahkamah bersambung semula sebaik sahaja tertuduh, Rosnah V.S. Mydin, 48, mula pulih dan keadaan kesihatannya diperiksa oleh seorang doktor yang secara kebetulan berada di dalam mahkamah sama, lapor Bernama.

Rosnah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Badul Hamid.

Menurut kertas pertuduhan, sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak itu, Rosnah telah menganiaya cucunya sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Flat Padang Tembak, daerah Timur Laut pada waktu siang bulan ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta tiga syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga perbicaraan selesai, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak dibenarkan mengganggu saksi perbicaraan.

Mazdi menetapkan sebutan semula kes pada 30 Mei untuk serahan dokumen serta supaya tertuduh melantik peguam.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok