Menteri jumpa Tun M perjelas isu dua projek terbengkalai di Putrajaya

April 18, 2022 · Isu semasa

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong bertemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya serta terowong yang terbengkalai.

Menurutnya pertemuan selama kira-kira satu jam itu diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini, setelah menerima jemputan bertemu Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Tun Mahathir membangkitkan mengenai projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya serta terowong yang terbengkalai dan ‘menyakitkan mata’ kerana tiada sebarang perkembangan.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tun Mahathir di atas pandangan dan input yang dikongsikan oleh beliau tentang bagaimana kita boleh membangunkan infrastruktur sedia ada dan memanfaatkannya untuk kemudahan penduduk yang bekerja dan tinggal di kawasan ini.

“Saya memaklumkan kepada Tun Mahathir bahawa secara kebetulan MOT bersama-sama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berusaha mencari penyelesaian untuk menyiapkan kerja pembangunan infrastruktur rel yang terbengkalai ini dengan penyertaan sektor swasta,” kata Ka Siong dalam kenyataan selepas pertemuan itu.

Untuk rekod Jambatan Gantung Monorel adalah salah satu daripada banyak jambatan di Putrajaya, Malaysia. Ia dibina untuk menghubungkan beberapa mercu tanda penting di kawasan Putrajaya seperti Pusat Konvensyen Putrajaya, Masjid Putra dan Kompleks Pentadbiran Kerajaan di Parcel E.

Laluan utama jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 240 meter dan lebar 10 meter. Ia dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan direka oleh PJS International Sdn Bhd.

Projek ini dihentikan pada tahun 2004 kerana kerajaan tidak meluluskan pembiayaan lanjutan. Projek terhenti sering digambarkan sebagai sambungan hilang sistem pengangkutan awam yang direka untuk modal pentadbiran Persekutuan.

Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan Perbadanan Putrajaya untuk melantik seorang perunding bebas untuk menjalankan kajian mengenai daya maju projek.

Ka Siong juga berkata beliau turut memaklumkan kepada Dr Mahathir mengenai perkembangan terkini projek pengangkutan awam, termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS), serta Laluan Transit Aliran Massa (MRT) 2 dan 3.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Tun Mahathir atas segala jasa yang pernah beliau lakukan sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri dalam mengembang dan membangunkan Kolej Tunku Abdul Rahman yang kini telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok