MPN syor 50 peratus pekerja asing diluluskan lebih dahulu

April 14, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) berharap proses kelulusan bagi permohonan mendapatkan pekerja asing disegerakan untuk menampung keperluan mendesak tenaga kerja, terutama dalam sektor pembuatan dan perladangan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia boleh dilaksana dengan mempermudah serta menambah baik proses kelulusan terhadap permohonan diterima daripada industri.

Beliau berkata walaupun ekonomi negara telah dibuka, namun antara cabaran yang dihadapi ialah syarikat tidak mempunyai pekerja mencukupi untuk menentukan supaya kegiatan industri dapat berjalan lancar.

Contohnya, kata beliau tidak ada pekerja asing yang dapat digajikan untuk membantu menurunkan buah kelapa sawit hingga syarikat mengalami kerugian sehingga RM10 bilion.

“Sekarang, harga kelapa sawit cukup tinggi dan kalau masih dilewatkan dengan tidak ada pekerja asing, maka bertambah besar lagi kerugian kepada negara kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, katanya MPN berpandangan bahawa proses kelulusan permohonan yang telah dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia mesti dipercepatkan.

“Dan kita dah bagi pandangan supaya pada dasarnya bila ada permohonan elok luluskan 50 peratus dulu. Kalau dia mohon 100 pekerja luluskan 50 dulu supaya dia tidak terdesak. Yang baki itu boleh dihalusi mungkin mengambil masa sedikit supaya diluluskan kemudian.

“Keduanya, kita telah minta supaya yang sudah kemukakan permohonan, supaya seboleh mungkin sebelum akhir tahun ini sebahagian besar daripada permohonan yang telah dikemukakan itu dapat diluluskan dan pengambilan pekerja asing itu dapat disegerakan,” kata Muhyiddin lagi.

Muhyiddin berkata sebagai langkah jangka pendek, MPN mencadangkan supaya kelulusan bersyarat boleh diberikan kepada permohonan yang sedang diproses untuk menyegerakan bekalan tenaga kerja asing kepada sektor-sektor yang terjejas.

“Dalam jangka masa panjang, MPN berpandangan isu struktural kekurangan tenaga kerja dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing perlu ditangani secara menyeluruh,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok