MP senada pindaan Perlembagaan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas

April 11, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang hari ini senada untuk merujuk terlebih dahulu pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti ke Jawatankuasa Pilihan Khas, sebelum dibentangkan ke sidang khas Parlimen akan datang.

Pada sidang khas Dewan Rakyat untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan itu bagi membolehkan akta antilompat parti digubal, mereka rata-rata berpendapat Perkara 10(3)(a) terlalu luas dan perlu diletakkan sekatan-sekatan tertentu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setiap hujah yang dikemukakan Ahli Parlimen perlu diambil kira dan diteliti sebelum RUU itu diluluskan kerana ianya boleh membatasi hak kebebasan Ahli Dewan Rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata dalam siri libat urus mengenai RUU itu, beliau mencadangkan kerajaan mengkaji semula definisi lompat parti.

“Saya tidak bersetuju seorang Ahli Parlimen yang dipecat dari partinya atau meninggalkan partinya oleh sebab-sebab tertentu dikira sebagai lompat parti dan perlu mengosongkan kerusinya serta-merta.

“Ada banyak sebab Ahli Parlimen dipecat daripada parti atau meninggalkan partinya, (antaranya) dipecat kerana melanggar disiplin atau kerana ‘cross the floor’ atau menyatakan sesuatu yang hak tapi tak disenangi oleh pemimpin parti dan dipecat dari partinya,” katanya.

Sementara itu memetik Bernama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang bersetuju agar pindaan itu diperincikan supaya tidak disalah guna oleh pihak tertentu, selain perlu menghormati prinsip asas dalam perlembagaan, kebebasan dan sistem demokrasi, mengiktiraf hak bersuara dan hak berpersatuan yang digariskan dalam Perlembangaan Persekutuan.

“Kita mohon Perkara 10(3)(a) diperkemaskan, supaya pindaan itu dikhususkan kepada soal defection atau permindahan parti,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut mencadangkan agar pembentangan (bacaan kali kedua) pindaan Perkara 10 Pelembangaan Persekutuan dan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti diadakan bersekali pada sidang khas akan datang.

Anthony Loke (PH-Seremban) bersetuju bahawa pindaan Perkara 10 (3) terlalu luas dan agak bahaya jika tidak dilaksanakan dengan cermat kerana ia membolehkan mana-mana parti yang membentuk kerajaan pada masa depan membuat akta lain untuk mengawal atau menyekat Ahli Parlimen.

“Sehubungan itu, satu konsensus perlu dicari terlebih dahulu dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas adalah jalan terbaik supaya perkataan lebih khusus diletakkan agar sekatan boleh dilakukan hanya berkenaan lompat parti sahaja, tidak kepada perkara-perkara lain,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Beliau seterusnya mencadangkan masa sebulan untuk jawatankuasa melaksanakan tanggungjawab untuk memperhalusi cadangan pindaan dan sidang khas bagi membentangkannya diadakan pada penghujung Mei.

“Dengan ini, selepas sidang khas ini maka sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Malaysia sudah ada satu akta bagi menyekat lompat parti dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap demokrasi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata DAP mencadangkan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mewakili parti berkenaan dalam jawatankuasa pilihan khas itu.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN- Pengerang) mencadangkan supaya klausa Perkara 10 (3) diberikan pindaan lebih menjurus dan tidak terlampau luas, selain mahu jawatannkuasa pilihan khas meletakkan isu ‘recall remedy’ ke atas Perkara 48 (6) iaitu rakyat yang akan menentukan seorang wakil rakyat itu boleh bertanding atau tidak.

“Ini undang-undang rakyat, biar rakyat menentukan, jika Perkara 48 (6) ini dibuang, wakil rakyat nanti berhak untuk bertanding berkali-kali, jadi kita letakkan rakyat supaya mereka menentukan mereka (wakil rakyat) boleh bertanding atau tidak,” katanya.

Perkara 48 (6) menyatakan seseorang yang melepaskan keahliannya di Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) mencadangkan pelaksanaan undang-undang antilompat parti turut melibatkan ahli Dewan Negara susulan terdapat ahli Dewan Negara yang dilantik parti, telah beralih sokongan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) pula mencadangkan undang-undang antilompat parti hanya dikhususkan kepada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar hak asasi rakyat menyertai mana-mana persatuan tidak terjejas.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok