SPRM tahan seorang kakitangan Petronas terlibat rasuah

April 10, 2022 · Isu semasa

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan salah seorang kakitangan eksekutif peringkat rendah kumpulan itu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam rasuah.

Dalam kenyataannya, syarikat minyak dan gas negara itu turut menegaskan bahawa ia komited untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut dan menentang keras sebarang bentuk salah laku melibatkan kakitangannya, lapor Bernama.

“Petronas telah bekerjasama erat dengan SPRM sejak 2012 dan akan meneruskan usaha itu bagi membendung rasuah dalam kumpulan ini.

“Malah, kumpulan ini mengamalkan toleransi sifar terhadap gejala rasuah dan akan terus memanfaatkan mekanisme dalaman bagi membendung salah laku terbabit,” katanya.

Menurut Petronas, Kod Tatalaku dan Etika Perniagaa kumpulan itu jelas melarang sebarang permintaan tidak wajar, rasuah dan salah laku melibatkan kakitangan, pengarah dan pihak ketiga yang menjalankan kerja atau perkhidmatan untuk serta bagi pihak syarikat-syarikat dalam kumpulan tersebut.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok