Tak lengkap borang MySejahtera punca kesesakan KLIA pada Ahad

April 5, 2022 · Isu semasa

Kesesakan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada Ahad lalu (3 April) berpunca daripada pengembara antarabangsa yang tidak melengkapkan borang pengembara dalam aplikasi MySejahtera, menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ekoran itu, pegawai imigresen terpaksa membantu pengembara terbabit sehingga menyebabkan kelewatan dan kesesakan, menurut jabatan itu dalam catatan di laman Facebook hari ini.

“Kesesakan berlaku kerana terdapat di kalangan pelawat asing yang tidak melengkapkan borang ‘Traveller’s Form’ dalam sistem MySejahtera.

“Mereka terpaksa dibantu oleh pegawai-pegawai Imigresen dan keadaan ini menyebabkan kelewatan dan kesesakan,” kata kenyataan itu.

Imigresen berkata pada hari berkenaan juga, terdapat jemaah umrah dari Indonesia yang transit di KLIA dan kehadiran mereka tanpa pengurusan pihak yang mengendalikan transit itu telah menyumbang kepada kesesakan tersebut.

Terhadap dakwaan JIM hanya membuka tiga kaunter sahaja pada hari tersebut, jabatan itu menjelaskan bahawa pihaknya membuka sepenuhnya 26 kaunter termasuk kaunter pintu automatik di terminal udara itu.

“JIM menafikan hanya tiga kaunter yang dibuka pada hari tersebut. Sejumlah 26 kaunter beroperasi dan semua kaunter autogate beroperasi sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

JIM berkata situasi kesesakan itu berjaya diatasi dengan kerjasama beberapa pihak di KLIA seperti Kementerian Kesihatan, Malaysia Airports Holding Bhd dan syarikat penerbangan.

“Sebagai agensi barisan hadapan di Pintu Masuk Negara, JIM akan terus memberikan komitmen terbaik dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan urusan keluar masuk pelancong dan pelabur asing serta warga tempatan berjalan lancar,” kata JIM.

Berita berkaitan
MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA
July 25, 2023· Isu semasa
Bas macam ‘tin sardin’, Puad tanya menteri tak nak serbu KLIA?
July 15, 2023· Isu semasa
Wanita China ‘diselamatkan’ menteri di KLIA belum balik?
July 11, 2023· Isu semasa
Isu kekecohan menteri di KLIA tak perlu disensasikan: Azam
July 8, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
5 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok