Najib dakwa hantaran di Facebook tak merujuk bekas Menteri Kesihatan

March 31, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya tiada kaitan dengan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Najib, 68, selaku defendan menyatakan demikian dalam pernyataan pembelaan yang difailkan menerusi Tetuan Shafee & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 29 Mac.

Najib mendakwa terbitan tersebut merujuk kepada gabungan parti Pakatan Harapan (PH), oleh itu tiada sebarang fitnah telah dibuat terhadap plaintif (Dzulkefly), lapor Bernama.

“Kenyataan saya itu memberi penegasan kepada kelakuan parti gabungan PH bersifat hipokrit yang mendakwa nepotisme, kronisme dan pelantikan politik terhadap gabungan politik saya (pada ketika itu gabungan Perikatan Nasional), kerana pelantikan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan walaupun pada hakikatnya semasa PH berada dalam kerajaan, pelantikan yang sama dibuat tanpa sebarang bantahan PH.

“Interpretasi plaintif terhadap dakwaan yang merujuk kepadanya adalah salah dan diambil di luar konteks. Tambahan pula, tiada sebarang dakwaan-dakwaan secara langsung atau tidak langsung dibuat oleh saya bahawa sebarang pelantikan yang dibuat itu adalah salah,” dakwa Najib.

Dzulkefly yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa, Najib telah memuat naik satu hantaran fitnah di Facebooknya pada 24 Ogos 2020, pada 12.54 tengah hari mengenai isu kronisme, berserta satu lampiran paparan skrin artikel Sinar Harian bertarikh 28 Jan 2019 dengan gambar wajah plaintif.

Dakwanya, kenyataan itu antaranya membawa maksud plaintif mengamalkan kronisme dengan penawaran jawatan atau lantikan kepada saudara-mara, tanpa melalui apa-apa penilaian objektif dan keupayaan terhadap sesuatu jawatan dalam syarikat-syarikat kerajaan atau swasta.

Plaintif mendakwa Najib telah menerbitkan hantaran fitnah itu dengan niat untuk menyerang peribadinya, menjatuhkan maruah serta mengaibkannya, dan ia adalah bermotifkan politik yang secara nyata berniat untuk memfitnah serta menjejaskan reputasinya.

Oleh itu, plaintif memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejen-ejennya meneruskan penerbitan atau menyebarkan hantaran tersebut dalam sebarang cara, perintah untuk defendan membuat permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di akaun Facebooknya dan dihebahkan di akhbar tempatan pilihannya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah, selain memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok